Naib juara Lawak Solo, Mad Sabah terpilih menjadi penyampai Pagi Era fm di Sabah.

Namun Mad Sabah tidak keseorangan tetapi akan ditemani finalis Kempen Pencarian Penyampai Pagi Era Sabah, Adnan untuk mengemudi segmen pagi Era fm di sana.

Kedua-dua pengemudi baharu Era fm Sabah itu bakal ke udara secara rasminya di segmen Pagi ERA Sabah bermula 25 April ini.

Terdahulu, Era FM menganjurkan Kempen Pencarian Penyampai Pagi Era Sabah kerana bermula 24 April ini kandungan Era FM Sabah akan bertukar dengan menghidangkan 100% kandungan lokal, menepati selera pendengarnya.

Sepanjang kempen dijalankan, ratusan anak Sabah berbakat telah mencuba nasib dan enam peserta telah dipilih untuk ke peringkat akhir pada Mac lalu.

Selain Mad Sabah dan Adnan, finalis lain yang terpilih adalah Ferra, Fared, Chumie dan Rozy.

Mad Sabah juga merupakan di antara 14 finalis Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), namun perjalanannya terhenti di minggu ketiga.

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini ----> (Maharaja Lawak Mega)