Minggu lalu, pelakon Faye Kusairi menafikan gambar keluarganya sedang mengisi kad undangan yang tersebar merujuk kepada majlis pernikahannya dengan pengarah drama Azmi Hatta.

Kata Faye, itu adalah kad undangan majlis sambutan hari jadi anak saudaranya.

Hari ini, kad undangan itu sekali lagi dimuat naik di Instagramnya bersama pengesahan bahawa majlis yang berlangsung hari ini adalah pernikahannya dengan Azmi Hatta.

"Assalamualaikum..Terimakasih diatas semua doa selama ini..Yang baik datang dari Allah,segala kekurangan dari saya sebagai hambanya.

"Doakan majlis yang kecil ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan serta diberkati. AaaminnYaRabbalAlaminnn.." tulis Faye pada foto kad undangan perkahwinannya bersama Hatta.

Foto-foto pernikahan pasangan itu dikemaskini dalam akaun kelab peminat Faye, @fayekusairiloversklub yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat mereka.

Azmi Hatta dan Faye mula mengenali satu sama lain ketika penggambaran drama berjudul Istiharah Cinta pada November 2014.

Kontroversi cinta pasangan itu mula tercetus selepas Azmi menceraikan penyanyi Elly Mazlein pada 15 Oktober 2015 ketika sedang hamil empat bulan.

Astro Gempak ucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru!

Jom tengok foto menarik sekitar majlis pernikahan Faye dan Azmi: