Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini mengarahkan serangan ketenteraan ke atas pangkalan udara Shayrat di bawah kawalan tentera Bashar Al-Assad di Syria.

Arahan tersebut, menurut Trump, merupakan tindakan Amerika Syarikat selepas ‘segala usaha bertahun-tahun lamanya untuk mengubah sikap Bashar Al-Assad tidak berjaya.’

http://www.astroawani.com/berita-dunia/serang-syria-gabenor-homs-sifatkan-serangan-penuhi-sasaran-pengganas-138384



Alasan Amerika Syarikat, tindakan menyerang kubu tentera Syria juga kerana susulan serangan senjata kimia di bandar Idlib pada pagi Selasa lalu.

Sekurang-kurangnya 86 penduduk tempatan dilaporkan terkorban termasuk kanak-kanak dalam insiden berkenaan.

Baca: 70 Maut Serangan Bom Kimia Di Syria

Kami kongsikan fakta-fakta berkenaan serangan Amerika Syarikat atas Syria:

1) 59 Tomahawk

- Sebanyak 59 buah peluru berpandu jenis tomahawk telah dilancarkan oleh armada laut Amerika Syarikat dari kapal perang Navy Destroyer di Laut Mediterranean.



2) Sasaran

- Sasaran utama peluru berpandu terbabit termasuk landasan udara, pesawat dan stesen bahan api di pangkalan udara Shayrat.

3) Mangsa

- Setakat ini seramai empat orang tentera Syria disahkan terbunuh dan pangkalan udara Shayrat disifatkan hampir musnah selepas serangan peluru berpandu.

4) Sokongan luar

- Beberapa negara luar seperti Israel, United Kingdom, Turki dan Australia telah menyuarakan sokongan penuh terhadap serangan ke atas Syria.


5) Kenaikan harga minyak

- Menurut ramalan Syarikat Pertukaran Antarabangsa, Oanda Corporation harga minyak semasa akan meningkat sebanyak 2 peratus ekoran serangan tersebut.

Selepas dagangan lemah sebelum berita itu, niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak kepada AS$55.60 setong menjelang 0146 GMT, meningkat 72 cents, atau 1.3 peratus daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) meningkat 70 cents, atau 1.4 peratus kepada AS$52.40 setong.


6) Reaksi Gabenor Syria

Gabenor daerah Homs di Syria menyifatkan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat sebagai tindakan yang memenuhi matlamat kumpulan pengganas bersenjata dan militan.

"Kepimpinan Syria dan dasar Syria tidak akan berubah.

"Serangan ini bukan yang pertama dan saya percaya bukan yang terakhir," ujar gabenor Homs Talal Barazi dalam satu temubual telefon dengan stesen televisyen tempatan.

7) Kecaman Presiden Rusia

Presiden Rusia, Vladimin Putin menyelar tindakan Amerika Syarikat dengan alasan ia melanggar undang-undang antarabangsa selain menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Jurucakap Putin, Dmitry Peskov, dipetik sebagai berkata, pemimpin Russia itu yang juga sekutu kuat Presiden Bashar al-Assad, menyifatkan tindakan AS itu sebagai 'menyerang negara berdaulat' atas alasan yang direka dan cubaan sinikal memesongkan perhatian dunia daripada kematian penduduk awam Iraq.

Peskov dipetik sebagai berkata, Russia tidak percaya Syria memiliki senjata kimia dan tindakan AS akan mewujudkan halangan serius terhadap pembentukan pasukan tentera antarabangsa bagi memerangi keganasan, idea yang kerap didesak Putin.

8) Reaksi netizen

- Netizen rata-rata meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan Amerika Syarikat menyerang Syria.








Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Reuters, CNN, Astro Awani