Beberapa keping foto pelakon kontroversi Hollywood Lindsay Lohan, memakai pakaian mandi wanita muslim (burkini) telah tersebar di laman sosial.

Menurut portal Dailymail, Lindsay memakai burkini ketika sedang melakukan aktiviti berkayak di Phuket, Thailand pada minggu lalu.

Difahamkan Lindsay bercuti ke negara tersebut selama dua minggu selepas melawat keluarganya di Dubai.

Di bawah kami kongsikan beberapa keping foto Lindsay yang berjaya dirakam ketika aktres tersebut menghabiskan masa di salah sebuah pulau di Phuket: