Filem Kimchi Untuk Awak (KUA) telah pun ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 30 Mac lalu.

Biarpun baru minggu pertama tayangan namun nama pelakon Emma Maembong dan Aiman Hakim semakin menjadi perbualan dikalangan penonton.

Selain keserasian pelakon, jalan cerita yang romantik seperti kebanyakan drama Korea juga merupakan antara tarikan KUA.

Namun pelbagai respon telah diberikan selepas peminat menonton filem pertama arahan Michael Ang itu.

Ada yang jatuh cinta dengan filem itu sehingga sanggup menonton berulang kali dan ada juga yang merasakan KUA hambar serta kurang menyengat.

Kepada yang belum menonton, Astro Gempak berpendapat lebih baik sekiranya anda ke pawagam dan nilaikan sendiri.

Berikut merupakan beberapa komen yang diberikan oleh mereka yang sudah menonton Kimchi Untuk Awak: