Pelakon Sara Ali dikatakan sudah kembali ke imej asal selepas gambarnya tidak mengenakan hijab tersebar baru-baru ini.

Menerusi foto tersebut, Sara difahamkan bersama seorang lelaki ketika bercuti di Shanghai, China.


Sara yang diminta mengulas mengenai foto tersebut tidak mahu memberikan sebarang komen.

"Saya tiada komen hal ini. Tak ada apa yang nak saya diperkatakan dan orang di luar sana takkan faham," katanya ringkas.

Gambar berkenaan tersebar apabila ia dimuat naik seorang lelaki bersamanya ke dalam akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, selepas perkara berkenaan ditanyakan kepada pelakon terbabit, akaun itu sudah ditetapkan kepada mode 'private'.

Ketika membuat keputusan bertudung, Sara turut menguruskan program, Raudhah Iman, di bawah syarikat, HMEO (Help Muslim Each Other) Agency Sdn Bhd, yang dibangunkan akhir tahun lalu.

Sumber: Berita Harian