Pelakon Mira Filzah kini dikatakan sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka bernama Sham Saidin.

Jejaka tersebut berjaya membuat hati Mira Filzah terpikat kerana sikapnya yang baik dan sentiasa mengambil berat akan diri dan juga ibunya.

Namun percintaan itu hanya terjadi di dalam drama mini digital 3 Gadis Manis episod 4 yang bersiaran di portal Astro Gempak menerusi laman www.3gadismanis.com.my

Mira yang membawa watak Aisyah itu telah berkenalan dengan Sham Saidin menerusi satu laman sosial.

Bagaimanapun tanpa disedari Aisyah, lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin dan berstatus suami orang.

Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Saksikan 3 Gadis Manis setiap hari Rabu jam 4 petang di Astro Gempak.

3 Gadis Manis turut dibintangi oleh pelakon-pelakon lain seperti Ayda Jebat, Cristina Suzanne, Alvin Chong dan Dottie.

Teks oleh Syafiqah Jalal