Pelakon Sharnaaz Ahmad merancang untuk menimang enam orang cahaya mata bersama isterinya, Noor Nabila.

“Sebenarnya, saya tiada perancangan spesifik mengenai perancangan keluarga kerana kami berdua baru sahaja mendirikan rumah tangga. Namun begitu, saya teringin mahu menimang enam orang cahaya mata.

“Kalau boleh dapat tiga orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan sudah cukup buat saya,” kata Sharnaaz kepada Astro Gempak.

Tambah Sharnaaz, dia akan meneruskan kerjayanya seperti pelakon seperti biasa walaupun sudah bertukar status.

“Bidang lakonan akan saya ceburi seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Isteri juga faham mengenai pekerjaan saya. Selepas mendirikan rumah tangga, tanggungjawab sahaja yang bertukar. Tanggungan sudah menjadi lebih besar.

“Saya akan cuba menjadi suami yang terbaik untuk Nabila dan menjadi ketua dan bapa yang baik untuk keluarga kami nanti,” kata Sharnaaz lagi.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila Mohd Noor, 32, pada 31 Mac lalu di Hotel Royal Chulan, Damansara.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sharnaazahmad & @bcreative_productions