Pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie, dilaporkan bakal membeli sebuah rumah berharga lebih RM100 juta selepas berpisah dengan suaminya, Brad Pitt.

Menerusi laporan E! News, Jolie telah menjumpai sebuah rumah mewah yang sesuai untuk didiami bersama anak-anaknya.

"Kediaman mewah terletak di Los Feliz, California itu mempunyai enam bilik tidur yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti kolam renang besar untuk anak-anaknya.

"Jolie juga dikatakan berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut namun masih belum membuat keputusan untuk membeli kediaman itu.

"Dia juga dilihat mementingkan keselesaan anak-anaknya dalam menjalani kehidupan seharian mereka," kata sumber.

Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama.

Mereka mempunyai enam orang anak termasuk anak angkat iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.