Superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), pada 14 April ini.

Hero filem dan penerbit dari India berusia 51 tahun itu dijangka akan memberikan persembahan menakjubkan dalam konsert 'Da-Bangg The Tour - Live In Malaysia' yang dibawakan oleh GHC Solutions Sdn Bhd.

Pengerusi GHC Solutions, Datuk Geethanjali G, berkata Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

"Tiket berharga RM111, RM333, RM555, RM777, RM999 dan RM2,222 boleh dibeli menerusi RedTix secara dalam talian di www.AirAsiaRedtix.com," katanya.

Malaysia adalah pembuka tirai kepada konsert jelajah itu sebelum meneruskannya di Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne sebagai lokasi terakhir.

Konsert itu akan membabitkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia.

Sumber Bernama