Pelakon Fattah Amin dikatakan cemburu dengan hubungan mesra yang terjalin di antara Datuk Rosyam Nor dengan Neelofa sejak menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

Menerusi sebuah muatnaik di Instagram (IG), Rosyam Nor telah berkongsi sekeping gambar sedang mengacukan pistol ke kepala Fattah.

"Apa yang kau tidak puas hati dengan aku ni, aku ada kacau budak tokeh tudung tu ke atau ... korang tolong sambung dialog aku," tulisnya menerusi entri di IG.

Menurut Rosyam, Fattah tidak berpuas hati dengan hubungan akrabnya bersama Neelofa sejak akhir-akhir ini.

Ternyata kapsyen yang dimuatnaik oleh Rosyam itu mendapat perhatian daripada peminat dan mereka juga menyambung ayat tersebut dengan kata-kata yang kelakar.

"Atau kau jelous aku jadi juri dengan budak tokeh tudung kat MLM, kau jeles dengan aku sebab tiap-tiap minggu aku dating dengan dia di MLM 2017, atau kau tidak puas hati sebab aku sweet dengan neelofa, atau pon ko jeles sbb aku dapat jumpa dia setiap minggu," kata peminat menerusi ruangan komen.

Rata-rata peminat memberi 5 HA! kepada kapsyen dimuatnaik oleh Rosyam dan menganggap dia sebagai seorang yang kelakar dan kuat mengusik.

Namun, kapsyen yang dimuatnaik oleh Rosyam itu hanyalah sekadar gurauan kepada Fattah dan peminatnya

'Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni,aku ada kacau budak tokeh tudung tu ke atau .................' korang tolong sambung dialog aku @neelofa @fattahaminz @lofattahofficial #klspecialforce #empayarlawak #maharajalawakmega2017

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on


Selain Rosyam Nor dan Neelofa, MLM 2017 yang diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos turut menampilkan Luna Maya dan Najip Ali yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini ----> ( www.astrogempak.com.my )

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi