Kumpulan boyband kacak dari tanah besar China ini sebenarnya bukan lelaki!

Ya, memang mengejutkan namun kumpulan yang diberi nama Acrush yang digilai oleh gadis-gadis di China itu terdiri daripada lima gadis androgini.



Populariti Acrush yang terdiri daripada Lin fan, Peng Xichen, Lu Keran, An Junxi dan Min Junqian ibaratnya setanding Katy Perry di Amerika Syarikat walaupun belum ada sebarang muzik video lagi.

Band androgini itu muncul sekitar bulan November tahun lalu menerusi program realiti pencarian bakat Husband Exhibition.

Untuk pengetahuan anda, terma 'husband' di negara China merujuk kepada jejaka (dalam kalangan selebriti) yang ingin dikahwini gadis-gadis di sana; misalnya Justin Bieber.

Program pencarian bakat itu telah dilakukan oleh sebuah syarikat jaringan sosial gergasi Tencent dalam kalangan universiti di negara itu.

Acrush kini sudah memiliki lebih 900,000 pengikut di Weibo (sebuah platform media sosial seperti Twitter di China).

Menurut agen boyband itu, Zhou Xiaobai, 28, industri hiburan China sudah lama mencari kumpulan androgini selepas kemunculan Lu Yuchun (pemenang program pencarian bakat Super Girl) pada tahun 2005.


Lu Yuchun

"Ini adalah sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak kebebasan tanpa ada sebarang sekatan," katanya.

Anggota band itu terdiri daripada remaja berusia antara 18 hingga awal 20-an dan mereka sebenarnya sudah mempraktikkan pemakaian bersifat neutral gender serta berambut pendek sejak kecil lagi.

Huruf A dalam awalan nama band mereka merujuk kepada perkataan Adonis (Tuhan Yunani paling kacak).

Bagaimanapun, band itu baru-baru ini dijenamakan semula kepada FFC-Acrush sejak mereka terbabit dengan jenama sukan Fantasy Football Confederation.

Semua band yang ditaja oleh jenama itu wajib bermain bola sepak dan akan menyelitkan sukan itu dalam setiap persembahan. Bola sepak merupakan sukan popular di China sekarang.

Band itu tidak menggunakan rujuk gender khusus sama ada 'he' atau 'she' sebaliknya frasa tanpa gender seperti meishaonian (bermaksud remaja yang kacak).

Jom kita lihat anggota band itu satu persatu:









Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: NY Post, Quartz Media