Anggota kumpulan Red Velvet, Joy dikritik kerana lakonannya menerusi drama The Liar and His Lover tidak memuaskan.

Joy dianggap tidak layak menggalas tanggungjawab untuk membawakan watak utama memandangkan dia masih baru dalam dunia lakonan.

Selain dikritik, lakonan Joy juga dilabelkan sebagai kaku dan tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut.

Mereka juga mendakwa disebabkan lakonan Joy, hero utama drama tersebut, Lee Hyun Woo juga turut menerima tempiasnya.

Antara komen yang diterima:

"Mengapa Joy dipilih untuk menjadi heroin? Lakonannya teruk!"

"Kesian Hyun Woo, disebabkan Joy dia juga nampak kekok dan tiada keserasian antara mereka,"

"Kadang-kadang tidak perlu memilih idola untuk menarik perhatian penonton, kualiti lakonan juga perlu menjadi pilihan utama.”

Teks oleh: Mya Amri