Peminat Terkejut Wajah Hodoh David Beckham

29 Mac 2017. 4.26 PM
3,901
Hiburan
Peminat Terkejut Wajah Hodoh David Beckham
Gara-gara solekan wajah ekstrem, bekas pemain bola terkenal David Beckham teruk dikecam peminatnya.

David, 41, telah memuat naik sekeping foto kelihatan sangat hodoh dengan muka kemerah-merahan, berparut besar pada wajah sebelah kiri, berjerawat dan bergigi kuning kehitaman.

Antara komen yang diterima rata-rata terkejut dengan kesan khas tersebut.

"Tidak! Apa yang berlaku pada wajah kamu?" tulis salah seorang peminatnya.

Ada juga komen yang menulis; "Alamak! Ini sangat buruk!"

Tidak lupa juga ada yang mendoakan agar dia cepat sembuh. 
 
 

Rough day at the office @kingarthurmovie @guyritchie

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on




Sementara itu tulis David di Instagram miliknya yang memiliki lebih 34.5 juta pengikut; "Hari yang teruk di set @kingarthurmovie @guyritchie."

Difahamkan, David kini sedang menjalani penggambaran filem terbaharu King Arthur: Legend of the Sword yang diarahkan oleh Guy Ritchie.



Selain David, filem itu turut dibintangi oleh Jude Law, Katie McGrath dan Poppy Delevingne. Filem itu bakal disiarkan pada bulan Mei nanti.

Dalam filem tersebut, dia bakal muncul sebagai cameo melakonkan peranan pahlawan jahat bernama Blackleg Leader.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Dailymail, Mirror, IMDB

Artikel Berkaitan