Pemenang anugerah heroin aksi Tan Sri Michelle Yeoh menerima anugerah ketiga Legion d'Honneur dari Perancis atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman.
Michelle, atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Kheng, 54, dianugerahi darjah 'the Commander of the Legion d'Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di sini pada Selasa.
Sebelum ini bintang filem itu dikurniakan 'Knight' dan 'Officer' anugerah berprestij itu oleh kerajaan Perancis masing-masing pada 2007 dan 2012.
Turut hadir pada majlis itu ibunya Datin Janet Yeoh, iparnya Megan Yeoh dan Duta Besar Perancis ke Malaysia Christophe Penot.
Muncul dengan pakaian gemilang hijau zamrud rekaan Elie Saab, aktres itu berkata ia benar-benar satu penghormatan buatnya daripada Hollande.
"Saya amat teruja dan berasa begitu dihormati... dengan jadualnya yang amat ketat, bagi Presiden Holland melakukan ini, saya benar-benar rasa dihormati," kata Yeoh kepada Bernama.
Anugerah the Legion d'Honneur diwujudkan oleh pemimpin tentera dan emperor Perancis Napoleon Bonaparte pada 1802.
Ia mengandungi lima darjah; Chevalier (Knight), Officier (Officer), Commandeur (Commander), Grand Officier (Grand Officer) dan Grand'Croix (Grand Cross).
Warga Malaysia lain yang menerima anugerah the Legion d'Honneur termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2010 serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada 2010 dan 2013.
Dilahirkan di Ipoh, Perak pada 6 Ogos 1962, Yeoh melonjak ke kemuncak kesohoran antarabangsa bila beliau berlakon di samping Pierce Brosnan dalam filem Bond 1997, 'Tomorrow Never Dies.'
Hollande, yang sedang dalam lawatan negara dua hari ke Malaysia sejak semalam turut mengadakan pertemuan dengan masyarakat Perancis di Malaysia sebelum menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Negara.
Sumber: Bernama
Syafiqah Jalal
Wed Mar 29 2017
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.