TUTUP

Anak Angkat Azharina, Rizqie Meninggal Dunia

Hiburan
Anak Angkat Azharina, Rizqie Meninggal Dunia
Beberapa jam selepas Astro Gempak menulis tentang luahan pilu Azharina kepada anak angkatnya, kami mendapat berita bayi kecil itu pergi meninggalkan ibunya.
 
Bayi berusia 22 hari itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Rizqie Azharin Azhar telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya.
 
Jenazah akan disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Batu 14 Puchong selepas Asar.
 
Dalam pada itu, Azharina juga turut berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi.
 
“Dari DIA Kita Datang PAda DIA Kita pulang . Jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong Selangor selepas Asar ini . Al Fatehah semoga Allah mencucuri Rahmat Atas Rohnya,” tulisnya.
 
Sementara itu, ruangan komen IGnya dihujani dengan ucapan takziah.
 
Terdahulu, Rizqie dimasukkan ke hospital akibat demam panas dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sejak Ahad.
 
Rizqie berada dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
 
Azharina dimaklumkan bahawa anak angkatnya itu mengalami pendarahan otak selain kedua-dua buah pingangnya rosak.
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan