Pelakon dan bekas anggota kumpulan After School, Kahi mendedahkan beberapa tips untuk kembali langsing dalam masa lima bulan selepas bersalin.

Menurut Kahi atau nama sebenarnya Park Ji Young memberitahu setiap wanita haruslah mengawal pemakanan dan senaman juga haruslah dilakukan setiap hari.

“Ayuh lakukan senaman bersama! Terima kasih kapada ibu, disebabkan ibu saya dapat hadir ke gym. Di sini saya ingin memberitahu kepada anda senaman juga boleh dilakukan dirumah, itu yang penting.

“Walaupun tidak mempunyai masa untuk keluar, jangan lupa untuk mengawasi pemakanan anda dan juga lakukan senaman dirumah seperti saya. Sila cuba, anda pasti boleh melakukannya,” jelasnya menerusi akaun Instagramnya.

Terdahulu, Kahi telah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan tahun lalu dan dikurniakan seorang anak, Noah pada October tahun yang sama.

Kahi kemudiannya mendedahkan bentuk tubuh badannya selepas lima bulan bersalin.

Bentuk badan Kahi yang cantik serta otot perutnya yang kekar menjadi perbualan dikalangan peminatnya.

Teks oleh: Mya Amri