Mungkin ramai di antara anda yang sering berkunjung ke taman tema yang ada di Malaysia dan selalu menaiki permainan roller coster kan?

Antara taman tema yang paling popular di Malaysia dan mempunyai permainan roller coster paling menyeramkan adalah di Genting Highland. Namun tahukan anda bahawa terdapat taman tema dengan permainan roller coster yang jauh lebih menyeramkan dan mungkin membuatkan anda takut dengan hanya melihatnya.

Berikut kami senaraikan taman tema dengan permainan roller coster paling menyeramkan di dunia.



1. Insanity (Las Vagas, New York)
Las Vegas bukan sahaja tempat untuk anda berseronok, percutian anda tidak akan lengkap jika tidak cuba menaiki permainan ini. Ia akan berpusing pada kelajuan maksimum dan anda disarankan untuk tidak makan dan minum sebelum menaikinya.



2. Kingda Ka (Jackson, New Jersey)
Dengan hanya melihat gambar sahaja sudah membuat anda rasa gayat bukan? Bagi mereka yang sukakan cabaran, roller coster yang berkelajuan 128km/j ini mungkin antara salah satu aktiviti yang perlu anda cuba bila berkunjung di sini.



3. Expedition GeForce (Rhineland-Palatinate, German)
Selain melawat ke tempat-tempat menarik yang ada disekitar German ini, anda boleh cuba untuk menaiki Expedition GeForce kerana roller coster ini dikatakan yang terbaik di negara itu.



4. The X2 (Los Angeles)
Mungkin ini adalah antara roller coster yang paling seronok untuk dinaiki. Selain memberi kesan bunyi dan berpusing 360 darjah, permainan ini adalah salah satu aktiviti wajib yang perlu dilakukan sekiranya berkunjung ke Six Flags Magic Mountain, Los Angeles.



5. Eejanaika (Fujiyoshida, Japun)
Roller coster ini akan membuatkan anda teruja menikmati pengalaman empat dimensi yang ditawarkan. Ia juga merupakan taman tema paling popular di Jepun yang terletak di Fuji-Q Highland.

Sumber : placesyoullsee.com
Teks oleh : Izzat Ridzwan