Bekas juri Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Chef Wan telah memuat naik beberapa entri dan memberi komen kepada persembahan peserta MLM 2017 di laman Instagram (IG)nya.

Menerusi beberapa entri yang dimuat naik Chef Wan tentang MLM 2017, juri yang terkenal dengan ketegasannya memberi komen itu, telah meluahkan rasa kecewanya kerana persembahan para peserta yang tidak menepati tema diberikan (Pekerjaan Luar Biasa) dan kurang menyengat.

Chef Wan turut mempersoalkan jumlah ‘HA’ yang diberikan juri dan menganggap mereka tidak jujur menilai para peserta.

Selain peserta, Chef Wan turut memberi komen tentang fesyen Datuk AC Mizal yang kelihatan seperti badut dan pemain sarkis, tetapi memuji cara pengacara MLM 2017 itu menggayakan persalinannya setiap minggu .

“At time tengok baju AC mcm clown or nak main circus pun ada. Tapi si AC ni pandai bergaya at least tiap2 minggu nampak kelainan. Being on such stage at times u need to be loud and a bit over the top sedikit to attract the viewers attention. As viewers we dont have to like or agreed with what they wear anyway. Janji creative dan ada kelainan. Baru la meletop mcm stage MLM 2017 and all the pirates on the opening night which i absolutely loved it.”

Nak tengok komen-komen yang diberikan Chef Wan kepada persembahan beberapa peserta MLM 2017 pada minggu kelima?

Agak-agak korang semua setuju tak dengan komen Chef Wan ni?:


kala

Kalau tak puas hati dengan komen Chef Wan kepada peserta kegemaran korang ni, apa ikuti cara undian seperti di bawah:

Cara Undian SMS Maharaja Lawak Mega 2017

Taip MLNama peserta atau ML3/5/10/20Nama peserta untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Selain itu, kalau korang nak pelawak kegemaran korang dinobatkan sebagai Gempak Man Of The Match lakukan undian di sini ---> http://www.astrogempak.com.my/Maharaja-Lawak-Mega

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Teater, Shah Alam bermula 10 malam dan boleh ditonton secara ekslusif di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD ( saluran 134).

Shiro, Zero, Joras, Bocey, Nice, Masin, Abioso, Puteh, XOXO dan Dzawin bakal berentap di minggu ke enam bertemakan muzikal sekaligus merebut gelaran juara dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal dan menampilkan Neelofa, Najip Ali, Datuk Rosyam Nor dan Luna Maya sebagai juri tetap.