Peminat Zizan Razak berharap untuk melihat pelawak kesayangan mereka itu berkahwin dalam masa terdekat.

Menerusi sebuah muatnaik di Instagram (IG)nya, Zizan telah berkongsi sekeping gambar bersama dua orang anak rakan baiknya, Johan.

"Ini anak-anak aku. Aku sayang mereka. Harini mereka menceriakan hidup aku. @jozlynnhanania #jozan.

"Melayan anak-anak sedara hari ini dan mereka ajak kayuh basikal kejap lagi. #chantik #hazik," katanya menerusi entri di IGnya.

Rata-rata peminat memuji sikap Zizan yang begitu penyayang dan mereka mendoakan agar pelawak itu segera berkahwin.

Melayan anak anak sedara arini.. diorg ajak kayuh basikal arini.. #chantik #hazik

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Mereka juga mengakui tidak sabar untuk menanti dan melihat bagaimana kecomelan anak Zizan itu kelak.

"Boleh dah cari bini bang oi. Tak sabar pulak nak melihat Abang Zizan ade anak sendiri mesti comelkan. Comel, bila lagi zizan. Sweet sangat, untung Johan dengan Ozlynn dapat best friend macam zizan #Jozan," kata peminat menerusi ruangan komen.

Ternyata, ada juga peminat yang mengakui rindu untuk melihat kehebatan kumpulan Jozan berada pentas Maharaja Lawak Mega (MLM).

Peminat Jozan juga berharap agar kumpulan itu dapat bersatu semula untuk menghiburkan penonton dengan lawak-lawak yang berkualiti dan segar daripada mereka.


Jadi jika rindukan himpunan lawak-lawak daripada kumpulan Jozan, tonton persembahan mereka di sini ---> MAHARAJA LAWAK MEGA.

Koleksi himpunan lawak Jozan dibawakan oleh Seafood Sauce Adabi 'Lebih Sedap Daripada Sos Tiram'.

Ia diperbuat daripada gabungan tiram dan makanan laut yang menghasilkan keseimbangan rasa manis dan masin serta turut memberi rasa aromatik tambahan dalam setiap masakan.

Jangan lupa menyaksikan MLM 2017 yang bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi