Penyanyi Adele tiba-tiba berhenti menyanyi di pertengahan konsert dan menegur pengawal keselamatan yang menghalang peminatnya 'berseronok' ketika menyaksikan persembahannya.

Adele telah menegur pengawal keselamatan tersebut yang meminta penonton konsert di Stadium Etihad, Malbourne untuk kekal duduk di tempat mereka.

Menerusi video yang dikongsi seorang penonton konsert itu, Adele telah menegur pengawal itu dan berkata apa guna mereka datang ke konsert jika tidak boleh berseronok?

"Excuse me sir? I know you work here but could you stop telling people to sit down? This is a music show.

"If people can't see then they can stand up. If you're moaning about people dancing, what the f*** have you come to a show for?,” tegur Adele kepada pengawal keselamatan tersebut.

Adele turut berkata bahawa dia tidak mahu lagi pengawal tersebut meminta mana-mana penonton untuk duduk dan biarkan mereka menikmati konsert tersebut dengan bebas.

"If I see one more person be told to sit down, I swear to God,” kata Adele lagi.

Setelah penyanyi itu menegur pengawal keselamatan tersebut, penonton di dalam stadium bersorak bagi pihak Adele seakan terharu dengan sikap penyanyi itu yang prihatin terhadap peminatnya.

Selain itu, antara perkara pelik lain yang dilakukan oleh penyanyi tersebut ketika konsert itu berlangsung adalah dia telah menjemput pasangan gay untuk naik ke pentas dan menyanyi bersamanya.

Tindakan penyanyi itu telah mengejutkan kira-kira 77,000 orang penonton pada malam itu.

Penyanyi berusia 28 tahun itu dijadualkan bakal menamatkan konsert jelajah Australia dan New Zealand pada hujung minggu ini dan akan membuat persembahan terakhir di Mount Smart Stadium, Auckland.

Berikut kami kongsikan video rakaman penonton di konsert tersebut.



Olahan : Izzat Ridzwan
Sumber : Mirror.co.uk