Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Danial, mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dan perbaiki ketika melakukan persembahan.

Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 24, berkata, MLM 2017 merupakan pentas yang besar bagi dirinya.

Pentas MLM 2017 juga pencapaian terbaik dalam hidupnya.

"Secara peribadi saya berasakan masih belum layak untuk berada di pentas MLM 2017.

"Ini kerana pelawak lain yang ada di sini mengambil masa bertahun-tahun untuk berada di pentas MLM 2017 tetapi saya cuma empat bulan.

"Bagaimanapun saya sahut cabaran dan inilah pencapaian terbaik dalam permulaan karier saya.

" Saya tidak akan berputus asa dan akan terus belajar serta memperbaiki mutu persembahan jika mahu bersaing dengan pelawak-pelawak otai.

"Saya masih baru dalam industri dan perlukan masa kerana bersaing dengan pelawak otai bukan sesuatu yang mudah," katanya kepada Astro Gempak.


Dalam pada itu, peserta daripada kumpulan Nice, Tauke telah dipilih menjadi Gempak Man Of The Match (GMOTM) pada minggu kelima dengan bertemakan 'Pekerjaan Luar Biasa'.

Undian GMOTM boleh dilakukan secara online di laman web www.maharajalawakmega.com.my.

Minggu ke enam bertemakan 'Muzikal' Jumaat ini menyaksikan 10 peserta lagi merebut gelaran juaran MLM 2017.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi