Sepanjang 15 tahun pembabitan Emma Charlotte Duerre Watson atau lebih popular dikenali Emma Watson, pelakon itu sudah membintangi 20 buah filem.
Faktanya, sebelum membintangi filem Beauty and the Beast, Emma Watson mungkin hanya diingati menerusi siri filem Harry Potter.
Namun sebenarnya, ada beberapa buah filem lakonannya yang memperlihatkan kehebatan lakonan bintang muda itu.
Jadi kami senaraikan enam filem terbaik lakonan Emma sepanjang pembabitannya dalam dunia seni.
1) Ballet Shoes
Tahun: 2007
Pengarah: Sandra Goldbacher
Pelakon: Yasmin Paige, Lucy Boynton, Richard Griffiths
Ballet Shoes menceritanya kehidupan anak yatim piatu bernama Pauline, Petrova dan Posy Fossil. Mereka kemudiannya dijaga oleh seorang pengembara bernama Gum. Filem itu berkisar tentang perjuangan gadis-gadis itu mengejar cita-cita mereka untuk menjadi pelakon, juruterbang dan penari ballet.
Kisah duka mereka bermula apabila mereka perlu berusaha sendiri selepas Gum menghilangkan diri.
2) The Bling Ring
Tahun: 2013
Pengarah: Sofia Coppola
Pelakon: Leslie Mann, Israel Broussard, Katie Chang, Taissa Farmiga, Claire Julien, Georgia Rock
The Bling Ring merupakan sebuah karya satira berdasarkan sebuah artikel yang ditulis oleh Nancy Jo Sales berjudul The Suspects Wore Louboutins.
Pengarah yang pernah memenangi trofi Oscar Awards itu meneroka kehidupan sekumpulan remaja yang terlalu obses dengan barangan dan kehidupan mewah selebriti berdasarkan kisah sebenar Kumpulan Bling Ring.
3) Noah
Tahun: 2014
Pengarah: Darren Aronofsky
Pelakon: Russell Crowe, Jennifer Connelly, Ray Winstone
Filem kontroversi itu mengisahkan kehidupan Nabi Noh A.S. sejak dari zaman kanak-kanak sehingga berlaku malapetaka banjir besar yang telah memusnahkan populasi manusia yang ingkar dengan peringatan awal.
Bagaimanapun, filem itu telah mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam hingga terpaksa diharamkan tayang di semua pawagam.
4) My Week with Marilyn
Tahun: 2011
Pengarah: Simon Curtis
Pelakon: Michelle Williams, Kenneth Branagh, Eddie Redmayne
My Week With Marilyn mengisahkan tentang seorang sutradara bernama Sir Laurence Oliver yang ingin membikin filem di London dan seorang pelajar filem serba boleh, Colin Clark.
Cita-cita mereka makin terlaksana apabila bintang filem Marilyn Monroe berada di Kota London untuk penggambaran sebuah filem.
Hingga pada satu ketika Marilyn mengajak Colin untuk bersamanya selama seminggu bagi merasai sendiri populariti, kecantikan dan kesungguhan untuk menjadi seorang anak seni.
Pelakon utama filem itu, Michelle Williams telah memenangi anugerah Pelakon Terbaik Komedi/Muzikal dalam Golden Globe dan tercalon untuk Pelakon Terbaik Wanita Academy Awards dan British Academy Film Awards.
5) The Perks of Being a Wallflower
Tahun: 2012
Pengarah: Stephen Chbosky
Pelakon: Logan Lerman, Ezra Miller, Mae Whitman, Kate Walsh
Filem itu diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis Stephen Chbosky mengenai seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bernama Charlie yang berdepan masalah kemurungan dan cuba menjalani kehidupan secara normal.
Charlie bertemu dengan cinta pertamanya, Sam yang sebelum itu pernah kehilangan teman baiknya yang membunuh diri.
Menerusi filem itu, Emma pernah memenangi dua anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Persembahan Ensemble Terbaik dalam San Diego Film Critics Society Awards 2012.
Pada tahun 2013, Emma diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam People's Choice Awards dan Teen Choice Awards.
6) The Harry Potter Series
Tahun: 2001-2011
Pengarah: J. K. Rowling
Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint
Sebut sahaja Harry Potter pasti akan terbayang tentang dunia magis dan persahabatan Hermione Granger, Ron Weasley dan Harry Potter yang menuntut di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.
Tunjang kisah itu memaparkan usaha Harry menentang ahli sihir jahat, Lord Voldemort yang mahu menjadi kekal abadi.
Sebanyak lapan buah filem siri Harry Potter telah diterbitkan iaitu Harry Potter and the Philosopher's Stone (2001), Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002), Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004), Harry Potter and the Goblet of Fire (2005), Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007), Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009), Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1 (2010) dan Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 (2011).
Menerusi siri itu saja, Emma pernah memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Young Artist Awards (2002), National Movie Awards (2007), Teen Choice Awards (2011) dan MTV Movie Awards (2012).
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: 123.movies
Syafiqah Jalal
Mon Mar 20 2017
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a
Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Wanita Didakwa Kurung Suami Dalam Rumah 5 Jam Gara-Gara Tak Mahu Ikut Ke Kenduri, Amuk Baling Lesung Batu?
Seorang wanita didakwa telah bertindak mengunci suaminya di dalam rumah selama 5 jam gara-gara suaminya itu tidak mahu ikut serta ke kenduri.
Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Tok Jalal minat Lisa Blackpink | Projek Bapak Bapak S3
Tok Jalal minat Lisa Blackpink wow.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS