Pelakon Adi Putra dikatakan telah membuat permohonan cerai terhadap isteri pertamanya Zuhaidah Yusof, 42, pada 3 Mac lalu.

Menurut laporan Mingguan Malaysia, pelakon popular kelahiran Singapura itu telah pun membuat pendaftaran permohonan untuk bercerai dengan Zuhaidah atau Aida Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

“Dalam permohonan tersebut, Adi bertindak selaku plaintif, sementara Zuhaidah dinamakan sebagai defendan.

“Difahamkan, permohonan perceraian yang didaftarkan pada pada 3 Mac itu akan dise­but dalam masa 21 hari daripada tarikh pendaftaran di mahkamah yang sama,” jelas sumber berkenaan.

Sementara itu, ini bukan kali pertama pelakon berkenaan membuat permohonan untuk menfailkan percerai­annya dengan Aida yang sah menjadi isterinya pada 14 April 2006.

Terdahulu, pada 11 Mei 2012 Adi juga pernah membuat permohonan untuk bercerai bersama isteri pertamanya di mahkamah yang sama.

Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Bagaimanapun, sembilan hari selepas mendaftar permohonan untuk bercerai, pasangan itu mengambil keputusan untuk menarik semula permohonan setelah mereka berjaya menyelesaikan kemelut berkenaan ketika itu.

Pasangan yang sudah 11 tahun berkahwin ini kembali menjadi perbualan masyarakat setelah Adi memilih untuk berkahwin dengan isteri keduanya, Norshahida Dzolkifly, 33.

Perkahwinan secara rahsia pada 20 Jun 2016 itu pada awalnya dikatakan tidak diketahui oleh Aida, bagaimanapun tidak lama selepas itu isteri pertamanya memberitahu bahawa dia telah menerima takdir hidup bermadu.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Sumber: Utusan Online