Adik kepada Ratu Realiti TV, Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner, 21, dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM880,000 selepas rumahnya dimasuki perompak.

Menutut laporan TMZ, Kendall yang berada di dalam rumah ketika kejadian menyedari kediamannya diceroboh selepas terdengar bunyi bising.

"Kendall segera menghubungi pihak polis apabila menyedari suspek berada di dalam rumahnya.

"Namun, apabila pihak polis tiba di kediaman Kendall, tiada perompak ditemui malah tiada sebarang tanda rumah itu dipecah masuk.

"Pihak polis kini masih menjalankan siasatan mengenai dakwaan yang dilaporkan Kendall itu," kata sumber.

Tambah sumber, rompakan ini berlaku selepas lima bulan kakaknya, Kim Kardashian mengalami kejadian serupa ketika berada di Paris.