Pelakon Ummi Nazeera akui tempoh pertunangan banyak memberi peluang kepadanya mengenali Mr.I dengan lebih baik.

Menurut Ummi, 27, dia senang dengan sikap jejaka itu yang disifatkan sebagai seorang yang sangat kelakar.

"Sepanjang proses pertunangan ini kami mengambil peluang untuk mengenai hati budi dan sikap masing-masing.

"Saya selalu ingat dia seorang yang serius tetapi dia sebaliknya dan Alhamdulillah dalam tempoh pertunangan ini kami lebih kenal antara satu sama lain.

"Sejak bertunang saya mula mengenalinya dengan lebih baik dan mula nampak sikapnya yang kelakar.

"Walaupun kami jarang berjumpa namun selalu berhubung menerusi telefon dan saya tiada masalah dengan perkara itu.

"Bagaimanapun dia sering pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu serta berbincang mengenai persiapan perkahwinan kami," katanya kepada Astro Gempak.

Ummi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama mini 12 episod Chor & Chah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ummi telah melangsungkan pertunangan dengan Mr. I pada 11 Disember 2016 pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.

Mereka bakal melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi