Bekas anggota kumpulan 2NE1, Minzy bakal muncul dengan album solonya pada April depan.

Menurut agensinya, Music Works, album tersebut bakal menyaksikan kolaborasi Minzy bersama penyanyi Hip Hop terkenal Korea, Jay Park.

“Albumnya kini berada dalam fasa terakhir dan sedang dikemaskini sebelum diterbitkan hujung April nanti,” katanya.

Tambah agensinya lagi, walaupun lagu utamanya masih lagi belum dipilih namun lagu bersama Jay Park berkemungkinan menjadi lagu utama album tersebut.

Terdahulu, Minzy dilaporkan telah menangguhkan tarikh keluaran album tersebut kerana mahu memberikan fokus terhadap program Sister’s Slam Dunk.

Album ini merupakan kemunculan semula Minzy selepas keluar daripada 2NE1 tahun lalu.

Jangan lupa saksikan episod penuh drama terbaru berjudul The Birth Of A Mrs yang disiarkan secara online menerusi portal Gempak.com.


Teks oleh: Mya Amri

Sumber: Soompi