Petang tadi, video sebuah kenderaan melawan arus di lebuh raya plus Seberang Jaya telah menjadi viral.

Kenderaan jenis Gen 2 berwarna biru itu dipandu laju di lorong bertentangan dan sempat dirakam seorang pemandu lain.

Menerusi komen netizen di laman sosial, pemandu wanita tersebut dikatakan panik selepas dikejar pemandu Alza yang dilanggarnya sebelum itu.

Agak memilukan apabila pemandu wanita tersebut telah menyebabkan kematian seorang lelaki yang memandu kereta jenis kelisa.

Difahamkan, lelaki tersebut baru sahaja berkahwin pada bulan Disember tahu lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka.

Sementara itu menurut laporan media, wanita tersebut memandu dalam keadaan mabuk.

Di bawah merupakan video yang sempat dirakam saksi kejadian:

Selain menyebabkan kematian individu lain yang tidak bersalah, wanita itu turut mencetuskan kemalangan besar sehingga menyebabkan empat kenderaan lain rosak teruk.

Rata-rata netizen mahu wanita yang memandu secara berbahaya itu dikenakan hukuman setimpal.