Pelakon popular Lee Kwang Soo telah membuktikan dirinya paling popular di kalangan selebriti lain.

Menerusi episod terbaru Running Man, telah berjaya menghabiskan misinya mengambil tanda tangan pelakon-pelakon popular dengan cemerlang.

Dalam menyelesaikan misi tersebut Kwang Soo telah menghubungi teman karibnya, Jo In Sung untuk mendapatkan tanda tangan.

Selepas berjaya menghubungi In Sung, Kwang Soo bertemu pula dengan pelakon popular lain yang juga teman karibnya, Song Joong Ki.



Dalam episod khas Running Man yang bertajuk “Prince of Asia” itu, Kwang Soo turut bertemu dengan seorang lagi sahabat baiknya Park Bo Gum, yang juga merupakan pelakon dan pengacara popular.

Episod tersebut bakal ditayangkan di Malaysia pada hujung Mac ini turut menampilkan kumpulan penyanyi wanita popular, Red Velvet.


Oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : Koreaboo, Allkpop