Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram untuk karakter yang bakal dijayakan dalam filem terbaru yang bertajuk Tiger Zinda Hai.

Demi menurunkan berat badan, Salman mengamalkan diet ketat. Selain itu, Salman juga mengupah seorang jurulatih kecergasan untuk melatih dirinya di gimnasium dan memantau perubahan bentuk badannya.

Sebelum ini, Salman pernah menaikkan berat badannya sehingga mencapai 100 kilogram untuk menjayakan watak seorang ahli gusti menerusi filem Sultan yang ditayangkan pada tahun lalu.

Filem Tiger ZInda Hai akan menjalani penggambaran dalam masa terdekat di Austria dan bakal menemui penonton pada Disember ini. Menerusi filem ini, Salman sekali lagi akan bergandingan dengan aktres cantik, Katrina Kaif.

Sumber: Dunyanews