Penyanyi popular Adele, terpaksa disorokkan di dalam sebuah kotak sebelum membuat persembahan di Stadium ANZ, Sydney baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hello itu, disorokkan pihak produksi konsert kerana tidak mahu Adele diserbu peminat.

Pihak pengurusan turut memberitahu Adele dimasukkan ke dalam kotak supaya penyanyi itu dapat bergerak bebas tanpa disedari peminat.

Adele terpaksa duduk di dalam kotak tersebut beberapa minit sementara ia ditolak dari bilik persalinan ke bahagian tengah pentas tanpa disedari para peminatnya.

Kotak yang digunakan untuk memuatkan Adele itu juga bukanlah direka khas untuknya, tetapi ia hanya kotak biasa untuk menyimpan peralatan pentas.

Adele juga memberitahu peminat ada sebab mengapa dia berpeluh ketika naik ke pentas.

“How I get to this stage makes me so sweaty. I'm drenched, I can't tell you 'til the end. You'll laugh when you find out."

Agak melucukan kerana Adele juga telah membawa sebuah Ipad bersamanya ketika berada di dalam kotak tersebut supaya tidak bosan.

Berikut merupakan video Adele yang berada dalam kotak:



Olahan oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : Comsopolitan