Pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof, menegaskan pemilihan Maya Karin sebagai teraju utama filem tersebut bukan menggantikan watak utama yang pernah didukung Nabila Huda dalam sekuel terdahulu.
Tegas Syamsul, 32, filem Munafik 2 adalah kesinambungan kepada kisah hidup watak utama Adam yang akan dibantu oleh watak baru lain termasuk watak bernama Sakinah yang akan digalas oleh Maya Karin.
"Sebenarnya tiada isu ganti mengganti pun untuk filem Munafik 2 ini kerana jalan ceritanya cuma kesinambungan kepada filem Munafik.
"Watak Nabila Huda tiada dalam filem Munafik 2 tapi saya masih memerlukan dia untuk beberapa babak flashback dan saya harap tiada masalah untuk bekerjasama lagi untuk filem ini," ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Filem Munafik 2 di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang, baru-baru ini.
Filem Munafik 2 mengisahkan Adam yang mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab merawat orang terkena sihir. Dalam masa sama, Adam bertemu dengan Sakinah, seorang ibu tunggal yang menjaga anaknya yang diserang penyakit misteri gara-gara ketua ajaran sesat bernama Abuja.
Munafik 2 merupakan filem ke-10 arahan Syamsul dan akan memulakan penggambaran pada 20 Mac di sekitar Selangor, Pahang dan Perak.
Antara pelakon lain yang akan membintangi filem itu adalah Mawi, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan dan Datuk Rahim Razali.
Malah, Syamsul kini sedang dalam proses menyunting seorang pelakon dari Indonesia untuk mendukung salah satu watak dalam filem tersebut.
"Saya percaya kisah dalam filem Munafik 2 tidak lari jauh daripada kehidupan masyarakat di Malaysia dan Indonesia maka saya mengambil pendekatan untuk melibatkan pelakon dari negara jiran.
"Sebelum ini saya ada bertanyakan Syahrini dan Dian Sastrowardoyo namun gagal. Mungkin saya akan cuba nasib dengan Luna Maya pula," katanya.
Filem Munafik yang telah ditayangkan pada Februari tahun lalu memenangi Filem Terbaik Nasional dalam anugerah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) selain memenangi trofi Pengarah Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @finasmalaysia, @kupu_kupu @syamsulyusoffilm
Syafiqah Jalal
Mon Mar 13 2017
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.