Setelah sekian lama menanti, akhirnya dua nama besar Bollywood, Aamir Khan dan Shah Rukh Khan bakal digandingkan.

Kedua-dua aktor hebat ini dikatakan belum pernah digandingkan dalam mana-mana projek.

Namun, mereka bukan akan disatukan dalam sebuah filem seperti yang dinati-nantikan oleh peminat selama ini tetapi, bakal menjayakan sebuah iklan di televisyen.

"Mereka akan bekerjasama buat kali pertama menjayakan sebuah iklan untuk kempen Nayi Soch.

"Shah Rukh Khan dan Aamir Khan akan menjadi sebahagian daripada kempen tersebut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai," kata sumber.

Sebelum ini kedua-dua mereka telah merakam gambar swafoto bersama selepas 25 tahun mengenali antara satu sama lain.