Anggota kumpulan BTS, Jungkook akui tidak selasa apabila dirinya dipanggil dengan gelaran Oppa.

Menurut laporan Koreaboo, Jungkook dikatakan telah menegur peminatnya supaya tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut memandangkan usianya masih muda.

"Kamu tidak sepatutnya memangil saya dengan gelaran Oppa kerana usia saya baru sahaja 19 tahun.

"Jadi berhenti daripada memanggil saya seperti itu kerana saya berasa tidak selesa.

"Selepas ini saya harus menyemak kad pengenalan peminat sama ada mereka itu lebih tua atau muda untuk memanggil saya Oppa," katanya ketika sesi bertemu peminat.

Sementara itu, ada juga beberapa orang peminat yang sempat bertanya kepadanya apakah panggilan sesuai untuknya dan Jungkook memberitahu dia ingin dipanggil 'Baby'.