Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Syaiful Zero akui tidak kisah digelar sebagai Melati oleh para peminatnya.

Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Bin Doli Sharif, 28, berkata dia tidak pernah berasa terganggu dengan panggilan tersebut sebaliknya menyukainya.

“Saya pun tak sangka nama Melati dan juga Rihanna itu akan melekat sampai ke hari ini.

“Bila saya jumpa peminat, mereka tidak panggil saya Syaiful Zero sebaliknya dua nama tersebut.

“Tapi apa boleh buat dah nama itu yang melekat di hati mereka, tak kisah pun dah peminat suka dan saya terima saja.

“Rasa macam lawak saya itu menjadi sehingga memberikan kesan sampai orang teringat-teringat watak saya.

“Lagipun sebenarnya saya sendiri lebih suka nama Melati, nampak klasik,” katanya ketawa.

Syaiful berkata demikian ketika ditemui di sidang media minggu ketiga MLM2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam pada Jumaat.



Mengulas mengenai MLM 2017, Syaiful memberitahu dia tidak menyangka dirinya menerima undian tertinggi dan dinobatkan sebagai pemenang Gempak Man of The Match (GMOTM) untuk minggu ketiga.

“Memang saya tak sangka langsung dapat GMOTM dan piala yang saya dapat ini adalah hasil kerjasama kami tiga beradik.

“Terima kasih kepada peminat yang mengundi. Kalau bukan kerana penyokong, saya tidak akan dapat Man of The Match ini.

“InshaAllah, untuk minggu keempat, Zero akan memberikan persembahan yang lebih baik lagi berbanding minggu ini,” ujarnya.

Minggu ketiga MLM2017 menyaksikan Zero menduduki tempat kedua dengan jumlah peratusan undian sebanyak 68.51%.

Manakala Mad Sabah berada ditangga terakhir dengan peratusan undian sebanyak 42.57% dan diumumkan sebagai peserta tersingkir.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa .

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI.

Keputusan Gempak Man Of The Match Minggu Ketiga

1. Syaiful Zero : 16%
2. Danial : 14%
3. Ajak : 13%
4. Shahrol : 11%
5. Mamak : 8%
6. Ali : 7%
7. Dzawin : 7%
8. Mad : 6%
9. Abam : 3%
10. Joey : 2%
11. Fad : 1%
12. Atu : 1%

Teks oleh: Mya Amri