Pelakon Korea, Yoon Seung Ah akui risau apabila dirinya masih belum berkahwin di usia 30 tahun.

Menurut Seung Ah, dia khuatir dirinya digelar anak dara tua memandangkan rakan-rakan seusianya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Perkara itu diluahkan oleh aktres itu menerusi drama terbarunya berjudul The Birth Of A Mrs yang disiarkan secara online menerusi portal Gempak.com.

Yoon Seung Ah memegang watak sebagai Yeong Hee, wanita berusia 30-an yang risau tentang dirinya masih belum berkahwin.

Bagaimanapun nasibnya berubah apabila bekas teman lelakinya, Cheol Soo hadir dan mencadangkan proposal perkahwinan untuknya.

Jangan lupa saksikan 10 episod The Birth Of A Mrs di portal Gempak.com.

The Birth Of A Mrs merupakan drama Korea online pertama yang ditayangkan di Gempak.com.

Untuk menonton episod penuh, KLIK DI SINI.

Teks oleh: Mya Amri