Salah seorang anggota kumpulan Kpop U-KISS, Kevin, bakal meninggalkan syarikat rakamannya, NH EMG pada hujung Mac ini kerana kontraknya bersama syarikat tersebut telah tamat.

NH EMG menerusi sebuah kenyataan telah mengesahkan perkara tersebut.

"Kevin telah membuat keputusan untuk menamatkan kariernya sebagai seorang penyanyi kerana ingin mencapai impiannya dan kami menghormati keputusan tersebut”, jelas pihak NH EMG.

Pihak pengurusan Kevin turut menjelaskan, pengumuman tentang pengunduran Kevin daripada U-KISS dibuat lebih awal daripada tarikh tamat kontraknya, kerana mereka tidak mahu peminat terkejut.


Rata-rata peminat kumpulan tesebut meluahkan rasa sedih dengan berita pengunduran Kevin.

Mereka turut meluahkan kebimbangan tentang nasib kumpulan tersebut memandangkan semakin banyak kumpulan Kpop yang telah berpecah seperti 2NE1 dan Wonder Girls.

Olahan: Izzat Ridzwan

Sumber: Koreaboo