Idola pop dan juga penyanyi serta penulis lagu sensasi, Afgansyah Reza atau AFGAN bakal menakluk Johor!
Dianjurkan oleh IME Malaysia, AFGAN akan menbawa konsert SIDES Malaysia Tour 2017 ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada hari Sabtu, 8 April jam 7.30 malam.
Peminat penyanyi ini boleh dianggap bertuah kerana konsert ini disifatkan sebagai konsert Afgan berskala paling besar, bukan saja di Johor tetapi juga di serantau selatan.
Dibawakan khas atas pemintaan peminat setia yang menggelarkan mereka sebagai Afganisme, konsert itu juga adalah sebagai tanda sokongan terhadap kemunculan album Sides, yang juga album solo keempatnya.
Kemunculan album itu juga membuatkan jadual penyanyi ini cukup padat kerana mendapat undangan persembahan di seantero dunia.
Dalam kesibukannya itu, akhirnya dapat juga Afgan mengadakan konsert di Johor seperti yang diimpikan.
Pada malam itu nanti, penonton dapat menyaksikan kemunculan rapper yang banyak memenangi anugerah iaitu SonaOne sebagai penyanyi undangan.
SonaOne turut terbabit dalam album Sides apabila mereka berpadu suara menerusi lagu X dan Rollercoaster. Itu adalah gandingan pertama Afgan bersama artis Malaysia.
Bukan saja menyampaikan lagu duet tetapi SonaOne juga bakal menghangatkan konsert itu dengan lagu popularnya.
Tiket dijual pada harga RM485 (VVIP), RM385 (VIP) dan RM285 (CAT1). Semua kategori tiket adalah tempat duduk bernombor.
Harga termasuk 6% GST kecuali yuran pemprosesan yang dikenakan pada harga RM4. Tiket boleh didapati menerusi online iaitu www.ticketcharge.com.my atau talian hotline +603-92228811.
Peminat Afgan juga boleh membeli tiket di kedai terpilih iaitu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang).
Tiket akan mula dijual pada 27 Februari 2017 mulai jam 11 pagi. Tawaran eksklusif peluang bergambar bersama Afgan untuk 600 pemenang serta 50 pas sesi ramah mesra akan diberikan kepada pemegang tiket VVIP berharga RM485.
Peminat yang membeli tiket berharga RM385 (VIP) berpeluang untuk memenangi hadiah poster yang ditandatangani Afgan. Bagaimanapun ia adalah terhad kepada 350 orang sahaja.
Untuk maklumat terkini bolehlah mengikuti akaun media social IME Asia Facebook, @IME_Asia (Instagram), @IMEProduction(Twitter) atau @IMEProductions untuk WeChat.
Fiza Kamarudin
Wed Mar 01 2017
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.