Pelakon Eina Azman kini semakin cantik dan langsing walaupun sudah bergelar ibu.

Lebih-lebih lagi apabila foto-foto terbaru yang dimuatnaik Eina menerusi akaun Instgram (IG)nya mula menarik perhatian.

Perubahan pada kulit wajahnya yang kelihatan seperti ‘glowing’ dan bentuk badan yang kurus membuatkan peminat memuji kecantikan aktres itu.

Tidak ketinggalan juga ruangan komen foto-foto Eina mula dihujani dengan pertanyaan peminat tentang cara-cara penjagaan berat badannya.

Mereka juga turut meminta ibu kepada sepasang kembar, Karl dan Aubrey ini berkongsi tips kecantikannya.

Antara komen yang diterima:

@Putriiaqilah: @eina_azman Sharelh tips kurus n xde perut mcm eina? bestnya bdn rasa ringan je.

@rasyidah_yahya: Kurus nya, untungla lepas bersalin pon kurus .share la tips krus mcm mne.hehe

@lavinceehana: Camna sis eina_azman kurus mcm dlu lepas bersalin? Ad tips dak

@hazirah_amiever: Cantiknya. Kulit cantik. Badan cantik. Smua cantik @eina_azman

Teks oleh: Mya Amri