Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) menyaksikan Moonlight arahan Barry Jenkins dinobatkan sebagai filem terbaik.

Bagaimanapun sebelum filem tersebut diumumkan, berlaku sedikit kekeliruan apabila penyampai anugerah tersalah mengumumkan nama pemenang.

Kejadian tersebut berlaku kerana penyampai anugerah diberikan sampul yang salah mengenai keputusan pemenang.

Dalam pada itu, La La Land telah memenangi tujuh anugerah daripada 14 pencalonan.

Berikut merupakan senarai penuh Anugerah Oscars ke-89.

- Filem Terbaik: Moonlight

- Pelakon Lelaki Terbaik: Casey Affleck (Manchester By The Sea)

- Pelakon Wanita Terbaik: Emma Stone (La La Land)

- Pengarah Terbaik: Damien Chazelle (La La Land)

- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Mahershala Ali (Moonlight)

- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Viola Davis (Fences)

- Filem Bahasa Asing Terbaik: The Salesman

- Lagu Asli Terbaik: La La Land

- Lakon Layar Asli Terbaik: Manchester By The Sea

- Sinematografi Terbaik: La La Land (Linus Sandgren).

- Adaptasi Lakon Layar Terbaik: Moonlight

- Efek Visual Terbaik: The Jungle Book

- Filem Dokumentari Terbaik: O.J: Made in America.

- Suntingan Bunyi Terbaik: Arrival

- Suntingan Filem Terbaik: Hacksaw Ridge (John Gilbert)

- Filem Animasi Terbaik: Zootopia

- Rekaan Kostum Terbaik: Fantastic Beast and Where to Find Them

- Filem Animasi Pendek Terbaik: Piper

- Adunan Bunyi Terbaik: Hacksaw Ridge

- Rekaan Produksi Terbaik: La La Land

- Dokumentari Pendek Terbaik: The White Helmets

- Filem Aksi Secara Langsung Pendek Terbaik: Sing

- Skor Muzik Asli Terbaik: La La Land (Justin Hurwitz)

- Solekan Terbaik: Suicide Squad