Pelakon Sari Yanti akhirnya mengesahkan pelawak Jep Sepahtu kini sah bergelar suaminya.

Sari Yanti menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memberitahu Jep Sepahtu kini suami dan sang pemilik hatinya.

Serentak itu, pasangan ini menerusi akaun IG masing- masing memuat naik gambar akad nikah mereka.

Bismillahirrahmanirrahim. Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA'ALA. -SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. Yang aku mahu Lihat Dia. Aku mahu diLihat Dia. Yang mahu aku Dengar Dia. Aku Mahu Didengar Dia. Yang mahu Aku Tahu Dia. Dan Aku Mahu Dia Tahu.. Dalam banyak banyak Hati , Dia punya Hati yang paling Cantik. Dalam banyak banyak Rasa , Pada Dia ada Rasa yang Termahal. Datang lah yang Hebat Hebat , Dialah yang Paling Dasyat. Tiada Tanding Tiada Banding. Yang paling Teristimewa. * Suami.,Si Pemilik Hati - Sang Cinta ❤. ASSALAMUALAIKUM @jepsepahtu ❤ 25 .2. 2017 ❤

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Menerusi kad jemputan yang Astro Gempak terima daripada sumber yang dipercayai, majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 10.30 pagi tadi.

Majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup itu diakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal.

2017-02-25-PHOTO-00031192.jpg

Jep Nafi Bertunang Sebab Nak Kahwin 25 Februari Ini?

Teks oleh Syafiqah Jalal