Pelakon Ary Malik dilaporkan kritikal akibat kanser ovari tahap empat.

Suami kepada peserta MasterChef Malaysia itu, Shahrul Nizam berkata pelakon itu dikesan mengidap kanser ovari hampir setahun lalu.

"Ary sudahpun menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju Mei lalu dan mengikuti sesi rawatan kimoterapi selepas itu," katanya.

Jelas Shahrul lagi, sebelum dikesan mengidap kanser, Ary mengadu berasa sakit di bahagian perut.

"Pada pemeriksaan awal doktor ingat ia hanya ketumbuhan biasa, namun selepas pemedahan doktor mengesahkan isteri mengidap kanser," katanya lagi.

Ary dikejarkan ke hospital selepas keadaannya semakin lemah dan selepas dua hari berada di wad, kakak kepada penyanyi Min Malik itu tidak sedarkan diri hingga kini.

Menurut Shahrul, doktor mengesyaki ketumbuhan kanser dihidapi Ary sudah merebak ke otak.