Sikap kumpulan Zero yang tampil memohon maaf secara terbuka mengenai isu yang timbul baru-baru ini, telah mendapat pujian peminat.

Di media sosial, rata-rata peminat kagum dengan sifat berani yang ditunjukkan oleh kumpulan yang dianggotai Syaiful, Sharif dan Atu itu.

Kebanyakan komen berpendapat, bukan mudah bagi seseorang yang melakukan kesalahan untuk tampil memohon maaf secara terbuka dan mengaku kesilapan dilakukan.

Peminat turut berharap agar masyarakat Iban di Sarawak dapat memaafkan kesalahan yang dilakukan kumpulan Zero dan berharap agar mereka lebih berhati-hati dalam melakukan persembahan.

"Bagus dorang ni. Minta maaf atas kesalahan sendiri. Kadang kala ada artis yang langsung tidak mintak maaf pun. Di harapkan agar orang Sarawak dapat memaafkan mereka yang telah menyentuh isu sensitif masyarakat iban. Manusia tidak lari dari kesalahan. kita kan berjiran. mesti aman dan damai," kata netizen.

Berikut merupakan beberapa komen yang diberikan oleh netizen:






Minggu kedua bertemakan Tabiat bakal menyaksikan Zero bersaing bersama 14 kumpulan lain merebut tempat ke pentas akhir MLM 2017.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari www.astrogempak.com.my/Maharaja-Lawak-Mega atau klik link untuk mengundi Gempak Man Of The Match.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi