Pelakon Idris Khan menjelaskan tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung kontroversi penyebaran gambar separuh bogel yang dikatakan mirip dirinya dan pelakon Atikah Suhaime.

Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar, 28, berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan sepenuhnya.

"Peguam telah menasihatkan saya supaya tidak memberi sebarang kenyataan kerana risau perkara tersebut akan menganggu siasatan pihak polis.

"Ini kerana kes tersebut melibatkan undang-undang jadi biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatan.

"Buat masa sekarang saya masih menunggu kertas siasatan sepenuhnya daripada pihak polis sebelum berfikir mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya.

Idris berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran mesin laser Picoway, di Aloft, Kuala Lumpur, di sini Selasa.

Terdahulu, nama Idris menjadi kontroversi selepas penyebaran beberapa keping foto bogel mirip wajahnya kononnya ia bersama pelakon Atikah Suhaime.

Bagaimanapun Atikah dalam pertemuannya dengan pihak media menafikan foto berkenaan adalah dirinya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi