Pemenang tempat ketiga program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Ara Johari mendedahkan ayahnya meminta agar dirinya menyimpan rambut panjang.

Mempunyai perwatakan yang seidkit kasar serta mempunyai rambut pendek, Ara sering dikaitkan dengan perkara yang negatif.

“Sejujurnya, saya tak kisah dengan kata-kata orang kerana mereka tidak mengenali saya. Sebelum ini memang saya tampil dengan imej rambut panjang. Sebelum AF2016 bermula, baru saya memotong rambut.

“Namun begitu, ayah saya menasihati saya selepas mengetahui ada persepsi yang tidak elok mengenai pernampilan saya. Dia meminta agar saya menyimpan rambut panjang dan untuk menghormati permintaan ayah, saya akan menurut kata-katanya,” kata Ara kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan terbaru, Ara kini sedang sibuk mempromosikan single pertamanya yang bertajuk Warkah Untukku.

“Alhamdulillah, lagu itu semakin mendapat tempat di hati peminat. Setakat ini saya akan berusaha sehabis baik bagi mempromosikan lagu tersebut. Selepas ini, saya akan masuk ke studio rakaman untuk rakaman lagu kedua,” katanya ketika ditemui di siding media Anugerah MeleTop Era 2017 (AME 2017) sebentar tadi.

AME 2017 bakal berlangsung pada 23 April ini di Stadium Melawati, Shah Alam. Untuk mengundi selebriti kesayangan anda, jangan lupa untuk melayari laman web www.anugerahmeletopera.com.my!

Teks oleh: Kamaruddin Razal