Pasangan penyanyi Stacy Anam dan Akim Ahmad selamat menerima kelahiran cahaya mata sulung mereka sebentar tadi. Akim berkongsi berita gembira ini menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya. "17.02.17 jam 17:17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua," tulis Akim. Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 26, sah menjadi suami kepada Ummu Syaikhah Stacy Anam, 27, di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari tahun lalu. Stacy dan Akim mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 5 tahun. Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @akimahmad & @ryaniezmoments 17.02.17 jam 17:17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua. A post shared by Afiq Hakim Ahmad / Akim Ahmad (@akimahmad) on Feb 17, 2017 at 4:01am PST
#KanDahTercakap: "I Pernah Menang Melukis Di Kanada" - Anzalna Geram Netizen Ragui Bakatnya Melukis 22 Apr 2018
“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” - Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman Layan Pembantu Rumah 107,313
Siti Aafiyah Tak Lekang Senyum! Foto Menarik Sekitar Majlis Maulid Nabi, Akikah & Tahnik Si Comel Pipi Merah 96,439