Pernah digelar selekeh sebelum menjadi seorang penyanyi, bintang kelahiran Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Reshma kini lebih menitikberatkan soal penampilan.

“Sebelum AF 2016, saya akui saya seorang yang selekeh. Ada yang menggelarkan saya dengan perkataan tersebut dan saya tidak tahu bagaimana caranya untuk tampil menarik di khalayak ramai. Selepas AF 2016, saya sendiri rasakan perkara tersebut tidak boleh berlaku lagi.

“Saya berusaha untuk menghilangkan gelaran ‘selekeh’ tersebut dan mahu tampil lebih kemas. Kini, saya sendiri rasakan saya sudah mempunyai kemahiran untuk tampil menarik di hadapan orang ramai, sesuai dengan kerjaya saya sebagai penyanyi,” kata Reshma kepada Astro Gempak.

Tambah Reshma, dia juga tidak malu untuk bertanyakan nasihat serta mendapatkan tips penyanyi senior untuk digunakannya dalam bidang nyanyian.

“Penyanyi-penyanyi senior seperti Akim Ahmad dan Jaclyn Victor pernah memberi nasihat untuk saya. Mereka memberikan kata-kata rangsangan seperti bagaimana untuk membina keyakinan diri sebagai seorang penyanyi.

“Saya harus mengikut contoh yang baik agar dapat terus kekal bertahan sebagai seorang penyanyi dalam industri muzik Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas majlis tayangan filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2) di GSC Pavilion pada Selasa.

SYTD 2 merupakan filem arahan Hanung Bramantyo yang dibintangi oleh Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Fedi Nuril, Reza Rahadian dan pelakon dari Malaysia, Nora Danish.

Filem SYTD 2 sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Februari. Filem bahagian pertama SYTD ini juga boleh ditonton menerusi portal Astro Gempak. [[KLIK DI SINI UNTUK MENONTON]]

Teks oleh: Kamaruddin Razal