Meskipun baru melahirkan bayinya, Taimur pada 20 Disember lalu, namun aktress Kareena Kapoor baru-baru ini kelihatan sangat cantik dan langsing terutama ketika menghadiri acara Lakme Fashion Week.

Kemarin, Kareena muncul dalam Facebook Live Chat bersama pakar diet Rujuta Diwaker membincangkan bagaimana pelakon itu menjaga pemakanan sihat untuk kesihatan ibu ketika dan selepas hamil.

Berikut merupakan lima perkara mengenai diet sihat tersebut:

1. Pemakanan
"Pengalaman hamil amat menyeronokkan. Saya makan agak banyak. Saya makan banyak minyak sapi, roti canai dan piza boleh dikatakan saya makan semua jenis makanan. Rujuta beritahu saya perlu makan sedikit demi sedikit setiap 2 hingga 3 jam. Tapi ia berubah selepas bersalin," kata Kareena

2. Pengambilan minuman tenusu
"Anda akan kehilangan banyak kalsium ketika hamil, jadi amat penting untuk seimbangkan kalsium dalam badan anda. Jadi saya sarankan untuk minum satu gelas susu setiap malam, lagipun Rujuta beritahu minuman atau makanan tenusu boleh membantu membakar lemak dalam badan,"kata Kareena

3. Makan dalam jumlah sederhana
"Selalu makan dalam jumlah sederhana. Anda tidak perku meninggalkan makanan kegemaran anda tetapi boleh mengambilnya dalam jumlah yang sedikit. Paling penting tidak makan ketika menonton televisyen," kata Rujuta

4. Diet Drastik
"Saya rasa paling penting, wanita perlu paham bahawa dia tidak boleh ambil risiko dengan memaksa badan untuk diet yang drastik kerana ia amat membahayakan kesihatan," kata Rujuta.

5. Banyakkan pengambilan zat besi
"Sebenarnya lingkaran hitam bawah mata boleh dikurangkan dengan mengambil banyak makanan yang mempunyai zat besi supaya anda nampak cantik biarpun ketika hamil," kata Rujuta

Sumber: The Indian Express