Syafiqah Jalal
Fri Feb 17 2017
Pelakon Izreen Azminda akui tidak menolak jika ditakdirkan jodohnya berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.
Izreen Azminda Aznam, 32, berpendapat status seseorang lelaki itu bukan menjamin kebahagian rumahtangganya nanti.
"Terus-terang saya memang tak menolak jodoh saya dengan sesiapa pun, asalkan lelaki tersebut mampu menyara saya dan keluarga.
"Jadi, tak menjadi masalah untuk saya terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan menjamin kebahagian," katanya kepada Astro Gempak.
Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014.
Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun.
Apabila ditanya mengenai kehidupannya kini, Izreen memberitahu dia kini sedang mengenali seseorang yang berjaya menawan hatinya.
"Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang yang saya tidak perlu beritahu apa stastusnya.
"Selagi belum ada apa-apa kata putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya.
"Saya tak mahulah dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi pula.
"Kami sudah berkenalan selama setahun apa yang boleh saya kata saya perlukan lelaki yang berikan saya inspirasi dan ada beberapa perkara yang dilakukannya membuatkan saya teruja untuk mengenalinya lebih dekat," katanya lagi.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.