Penyanyi dan pelakon Alif Aziz menceritakan kisah cintanya berasama isteri, Bella kepada aktres Mira Filzah.
Cerita tersebut disampaikan kepada Mira menerusi single terbaru yang menggandingkan mereka berdua berjudul Sandar Padaku.
Menurut Aliff, Sandar Padaku merupakan sebuah lagu yang berkisarkan tentang kisah cinta dua anak muda yang memendam perasaan kerana diselubungi sifat ego.
“Single ini hampir sama dengan kisah percintaan saya dengan isteri saya, Bella. Pada mula-mula kenal kami malu dan susah untuk luahkan perasaan masing-masing tetapi memang dah dikatakan jodoh akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri.
“Kehidupan saya kini lebih sempurna dan segalanya lebih teratur,” ujarnya.
Sementara itu menurut Mira Filzah, dia sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.
“Saya sangat berpuas hati dengan terhasilnya single ini kerana mana yang mengikuti saya di Instagram tahu saya gemar menyanyi dan ini merupakan titik permulaan bagi sesuatu yang baru.
“Walaupun bait kata yang saya sampaikan hanya minima, namun saya berharap peminat di luar sana akan terhibur dengan dendangan yang saya sampaikan,” katanya.
Dalam pada itu Sony Music Malaysia yakin bahawa single ini mampu menarik perhatian setiap lapisan penggemar muzik Malaysia dan bakal menjadi siulan.
Aliff Aziz pernah popular menerusi lagu Jangan Ganggu Pacarku dengan tontonan melebihi 2 juta di laman YouTube.
Sandar Padaku merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Panji Sakti dan boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.
Fiza Kamarudin
Thu Feb 16 2017
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.